Mak Nyah Mangsa Ragut Wanita Bertudung






SHAH ALAM 12 Jun. – Dua orang mak nyah menjadi mangsa ragut dua  wanita bertudung di Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7 di sini kira-kira jam 10, malam tadi.

Menurut mangsa, Haiqal Hashim Hafiq, 28, dan Ahmad Farid Roslan, 25, mengatakan bahawa mereka sempat bergelut degan peragut wanita bertudung tersebut sebelum peragut tersebut Berjaya meloloskan diri.

Katanya, ketika kejadian, mereka baru sahaja keluar dari kereta dan ingin berjalan menuju ke kedai berhampiran.

Mangsa turut gagal mengenal pasti wajah peragut-peragut tersebut memandangkan kedua-duanya memakai tudung dan menutupi muka mereka.

Saksi kejadian, Ahmad Adi, 22, dan Zulkifli Fakaruddin Amir, 21, memberi penerangan bahawa dia terkejut melihat kejadian itu kerana kedua peragut itu adalah wanita yang bertudung.

Namun begitu, situasi berikut sempat dirakamkan oleh dua orang sahabat yang sedang merakamkan video tentang hari kedua mereka berada di sini.

Ekoran kejadian itu, Hashim Hafiq dan Farid Roslan kerugian sejumlah wang tunai, telefon bimbit, dan kad kredit yang disimpan dalam beg tangan mereka.

Kata mereka, mereka telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Seksyen 11 di sini pada hari kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Zulkifli Maarof mengesahkan bahawa ini adalah kes ragut pertama yang melibatkan wanita bertudung di Shah Alam.

Kata beliau, ini mungkin modus operandi baru perompak pada masa kini dengan menggunakan wanita bertudung sebagai salah satu kaedah mereka.


Tambah beliau lagi, pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya berikutan dengan kejadian yang telah berlaku ini.

0 ulasan:

Mayat Bayi Menggemparkan Pasar Kajang


KAJANG 18 APRIL - Pasar Besar Kajang digemparkan dengan penemuan seorang mayat bayi yang masih bertali pusat diselimuti surat khabar di dalam sebuah tong sampah di sini, semalam.

Mayat bayi tersebut ditemui seorang peniaga sayur borong di dalam tong sampah kira-kira jam 5 pagi, saksi kemudian menghubungi polis. 

Saksi, Lim Ah Chong, 36, berkata beliau menemui mayat bayi tersebut ketika hendak membuang sampah kira-kira jam 5 pagi dan membuat keputusan untuk membuat panggilan polis setelah disarankan rakan sekerja. 

Pihak polis yang menerima panggilan dari Chong bergegas ke tempat kejadian dan tiba setengah jam kemudian. 

Menurut ketua siasatan, ASP Syed Jamil Jamalullai B Syed Muktabillah Al Barakah, mayat bayi yang ditemui dsalam keadaan berbalut surat khabar dan dicampak ke dalam tong sampah itu adalah seorang bayi lelaki. 

"Dapatan awal dari siasatan kami dan pihak forensik mendapati bayi tersebut merupakan seorang bayi lelaki yang dipercayai dilahirkan oleh seorang wanita yang berbangsa melayu dan telah dicampakan ke dalam tong sampah tersebut kira-kira 3 jam sebelum mayat ditemui,' tambah beliau

0 ulasan:

Blogger Template by Clairvo