Mak Nyah Mangsa Ragut Wanita Bertudung






SHAH ALAM 12 Jun. – Dua orang mak nyah menjadi mangsa ragut dua  wanita bertudung di Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7 di sini kira-kira jam 10, malam tadi.

Menurut mangsa, Haiqal Hashim Hafiq, 28, dan Ahmad Farid Roslan, 25, mengatakan bahawa mereka sempat bergelut degan peragut wanita bertudung tersebut sebelum peragut tersebut Berjaya meloloskan diri.

Katanya, ketika kejadian, mereka baru sahaja keluar dari kereta dan ingin berjalan menuju ke kedai berhampiran.

Mangsa turut gagal mengenal pasti wajah peragut-peragut tersebut memandangkan kedua-duanya memakai tudung dan menutupi muka mereka.

Saksi kejadian, Ahmad Adi, 22, dan Zulkifli Fakaruddin Amir, 21, memberi penerangan bahawa dia terkejut melihat kejadian itu kerana kedua peragut itu adalah wanita yang bertudung.

Namun begitu, situasi berikut sempat dirakamkan oleh dua orang sahabat yang sedang merakamkan video tentang hari kedua mereka berada di sini.

Ekoran kejadian itu, Hashim Hafiq dan Farid Roslan kerugian sejumlah wang tunai, telefon bimbit, dan kad kredit yang disimpan dalam beg tangan mereka.

Kata mereka, mereka telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Seksyen 11 di sini pada hari kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Zulkifli Maarof mengesahkan bahawa ini adalah kes ragut pertama yang melibatkan wanita bertudung di Shah Alam.

Kata beliau, ini mungkin modus operandi baru perompak pada masa kini dengan menggunakan wanita bertudung sebagai salah satu kaedah mereka.


Tambah beliau lagi, pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya berikutan dengan kejadian yang telah berlaku ini.

0 ulasan:

Blogger Template by Clairvo