“Kami akan
memberi kebebasan kepada media sekiranya kami diberikan kepercayaan untuk
menang pilihanraya kali ini” itu merupakan antara rangkap kata yang keluar dari
mulut-mulut pemimpin parti pembangkang. Mereka yang tidak dapat menerima
kekalahan mereka sejak tahun kemerdekaan lagi mengandaikan ketidakbebasan media
merupakan antara punca mereka tidak dapat menyampaikan semantik perjuangan mereka kepada
rakyat. Maka pada pilihanraya kali ini mereka memperjuangkan agar media
diberikan kebebasan kononnya media negara dikawal zalim oleh kerajaan sekaligus
telah membataskan info-info yang sepatutunya diketahui rakyat.
Mengimbau
kembali era pentadbiran Tun Dr Mahathir, beliau telah memperkenalkan dunia ICT kepada
rakyat dengan penubuhan Siberjaya. Tiada sebarang sempadan
diletakkan dalam dunia media baru, kerana bagi pemikiran Tun, rakyat perlu diberikan kebasan bagi mencari ilmu dan meluahkan pandangan mereka dan Tun percaya rakyat akan
memgunakan kebebasan yang diberikan seeloknya. Malangnya rakyat kini terlampau
terdedah dengan dunia tanpa sempadan ini telah terpengaruh dengan
perkara-perkara tidak benar ditambah pula dengan wujud pula penerepan
budaya-budaya barat. Secara sedar ataupun tidak, gelombang yang dihidangkan
menerusi internet ini secara beransur-ansur sedang membentuk sikap pandangan
dan budaya baru dikalangan masyarakat. Jika dahulu, media massa melihat seorang
wartawan mewakili keseluruhan pendapat masyarakat tetapi menerusi media baru
ini, wujudnya suara kecil masyarakat yang bercanggah dengan pendapat majoriti dan akan
disuarakan terus-menerus memalui media baru tanpa wujud sebarang sempadan.
Internet sepatutnya
menjadi media efektif bagi kelompok masyarakat kerana memandangkan sifatnya bebas dari segi ruang
dan waktu tanpa diganggu dan dipengaruhi keadaan sekeliling. Namun, jika
dilihat daripada sudut negatif pula, dalam kita sedar atau tidak,
internet telah menyebabkan perpecahan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai
contoh, penyokong barisan alternatif pasti akan bercakap mengenai kebaikan
mereka dan mengutuk keburukan pihak pembangkang mereka, begitu juga sebaliknya.
Akibatnya, mereka akan menggunakan media baru ini medium untuk berbalah sesama
mereka. Jika fenomena ini dilihat atau disaksikan oleh masyarakat luar,
bukankah ini amat memalukan kita dan akan menjatuhkan maruah negara?
Fenomena
berbalah menerusi media baru ini jelas dapat dilihat pada pilihanraya kali ini.
Mengambil iktibar kekalahan pada
piliharaya 2008 pihak kerajaan yang terlepas pandang ‘suara kecil’ yang
mengata dan cakap belakang akhirnya telah mengambil langkah drastik
dengan pengenalan unit media baru di jabatan dan pengenalan akaun media baru
bagi setiap penjawat awam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri mempunyai akaun facebook dan
twitter. Dilaporkan Datuk Najib merupakan antara ikon popular di laman-laman
sosial tersebut. Dengan adanya akaun laman sosial, kerajaan kini dapat mendengar
semua keluhan tanpa perlu tunggu untuk ke tempat kejadian.
Benarlah seperti
yang dikatakan Ketua Eksekutif Google Inc., Eric Schmidt, dunia talian menambah
kuasa orang kebanyakan dengan keupayaan untuk mencabar kerajaan, pihak media
dan perniagaan. Ia juga mengurangkan jurang sedia ada antara masyarakat dan
maklumat, membolehkan akses lebih terbuka untuk pengetahuan manusia. Pada
dasarnya, kehadiran media baru sepatutnya merupakan sesuatu yang boleh
dibanggakan, namun apabila media baru mula digunakan untuk mencabar tugas pihak
kerajaan, ia sepatutnya tidak berlaku. Secara majoritinya, individu yang
mengutuk kerajaan merupakan barisan pembangkang yang menuntut di institusi
kerajaan dan menjawat jawatan di sektor awam tetapi berlagak seakan pembangkang yang memberi mereka seperti mana kerajaan berikan kepada mereka. Jika mereka tidak sehaluan
dengan kerajaan, kenapa harus mereka menuntut ilmu di IPTA? Mengapa mereka
perlu menagih kerja di sektor awam?
Tiada pengawalan terhadap media baru mampu membawa bencana kepada keharmonian sosial dapat dibuktikan dengan perhimpunan Bersih yang dianjurkan barisan pembangkang. Barisan pembangkang mula menggunakan media baru untuk mengata buruk mengenai kerajaan, wujudkan rasa benci dan bertindak sebagai batu api. Kemudian mereka merancang dan sehinggalah ke hari perhimpunan, segala info disebarkan melalui media baru atau laman sosial. Jika media baru dikawal mereka tidak dapat menyebarkan info dan berkemungkinan perhimpunan tersebut hanya dihadiri mereka yang mendapat maklumat sahaja. Kebebasan mutlak yang diberikan kepada baru juga menyebabkan rakyat mengata dan melepaskan kemarahan sesuka hati hingga ke tahap menghina dan mencaci. Sedihnya kadang-kadang yang menghina dan dihina itu adalah sesama bangsa, hanya kerana fahaman politik yang berbeza mereka tergamak berbuat demikian. Berikut saya telah sertakan beberapa gambar sebagai contoh.
Sebagai manusia yang dikurniakan akal seharusnya kita tidak bertindak seperti binatang. Bukanlah hendak menunjukan yang kita harus menyokong kerajaan dan menentang sepenuhnya pembangkang kita seharusnya mengkaji sepenuhnya dan selalu beringat dalam meluahkan pendapat dan pandangan. Terlajak perahu boleh berundur, telajak kata badan binasa. Nenek moyang kita wujudkan pelbagai frasa bagi menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan tetapi mengapa kita hendak menggunakan kemajuna teknologi bagi memecah belahkan kaum dan menggangugugat kerharmonian sosial negara?
0 ulasan: