Artikel Balkanisasi Siber: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA merupakan suatu artikel yang menceritakan mengenai kebebasan yang dikecapi masyarakat kini dalam mendapatkan maklumat, tetapi malangnya kebebasan yang dikecapi secara tidak langsung telah memesongkan objektif untuk mencari maklumat dan tersasar ke aspek negatif. Menurut artikel Professsor Dr Rahmat; Balkanisasi Siber: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1MALAYSIA; balkanisasi media mula diperkenalkan Cass Sunstein (2002) dan konsep balkanisasi media bermula dengan wujudnya balkanisasi siber yang memaparkan suatu analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
Dengan
penjelasan yang disertakan dengan sumber rujukan, saya yakin maklumat yang
dimuatkan dalam artikel ini diiktiraf dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan
sebagai maklumat tambahan. Selain hujah-hujah mengenai terma balkanisasi dan
perihal kebebasan media, artikel ini turut mengkaitkan konsep balkanisasi dan
kebebasan media dengan isu-isu dalam negara. Pendekatan ini dapat memberi
gambaran dengan lebih jelas apa yang cuba dimaksudkan dengan balkanisasi.
Sebagai contoh
“Akhbar politik seperti Harakah, Suara
Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat, Era Baru dan banyak lagi tabloid picisan yang
lain, berada di pasaran tanpa sekatan, meskipun ada undang-undang yang
mengehadkan penjualan akhbar politik tertentu kepada ahli-ahlinya sahaja.
Situasi kebebasan sedemikian disokong pula oleh bahan-bahan politik daripada
Internet”
“Kebebasan
media baru atau Internet, daripada penapisan pihak berkuasa seperti yang
diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, juga dengan
terangnya telah membangkitkan kesan negatif terhadap keharmonian sosial di negara
ini. Malah peruntukan kekebasan tersebut telah diulang melalui Bil
Jaminan Koridor Raya Multimedia. Namun kebebasan daripada kekangan penapisan tidak pula membebaskannya
daripada Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri.”
Saya sangat bersetuju dengan maklumat-maklumat yang
disampaikan Dr Rahmat. Balkanisasi media sememangnya wujud, negara kita,
Malaysia, turut tidak terkecuali. Lebih mengukuhkan lagi, beberapa kajian telah
dijalankan Dr Rahmat sebelum mengeluarkan pendapat beliau mengenai balkanisasi
ini. Ini dapat dibuktikan dengan data-data dan peratus-peratus yang terkandung
dalam artikel.
Setakat 20 Mac
2010, kajian singkat yang diperoleh daripada enjin carian Google mendapati
bahawa caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum oleh golongan dan individu yang
tidak bertanggungjawab amat lumayan (Rahmat Ghazali 2010).
Daripada kajian
mini saya, tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan mengandungi 97%
berita politik dan 90% daripadanya menyuntik kebencian terhadap kerajaan dengan
mengangkat konflik politik sebagai nilai berita utama.
melalui
sesawang web, enjin carian akan memaparkan 22.6 juta bahan tentang Pele (sebagaimana
yang saya layari pada 2 Nov 2008).
Pada keseluruhannya, dari permulaan
kata hingga ke ayat terakhir kesemuanya memberi impak ilmiah yang sangat kuat.
Sesiapa sahaja yang membaca artikel Balkanisasi Siber: GANGGUAN KEPADA SEMANGAT
1MALAYSIA ini akan merasakan sangat banyak input mampu diperoleh. Lambakan info
dimuatkan dalam artikel tersebut.
Dr Rahmat berpendapat kebebasan media baru harus ditunjangi etika
kewartawanan. Saya
turut bersetuju dengan sepenuh hati. Sebagai pelajar komunikasi yang sudah
didedahkan dengan etika dalam kewartawanan, saya merasakan tanpa etika dalam
kewartawanan, media mempunyai
potensi untuk mensegregasikan masyarakat.
Permasalahan yang bakal timbul akan berpaksikan kepada minat, kecenderungan
serta sentimen kumpulan yang menolak kehadiran khalayak lain yang tidak
sealiran dengan pemikiran, minat dan kecenderungan mereka.
Sebagai contoh; Anuar Ibrahim telah membuat kenyataan jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya ke 13 beliau akan mengheret pihak pengurusan TV3 ke penjara. Juga terdapat beberapa video yang menunjukan pihak pembangkang tidak mengendahkan wartawan RTM dan TV3, sedangkan wartawan-wartawan tersebut hanya menjalankan tugas. Dek kerana tidak sehaluan dengan pendirian pihak pembangkang, wartawan-wartawan tersebut dilayan kasar dan kurang ajar. Katakanlah Pakatan Rakyat menang, tidakah mereka akan mengangkat penerbit-penerbit akhbar yang berpihak kepada mereka seperti Suara keadilan, Harakah sebagai akhbar perdana? Sudah tantu akhbar-akhbar tersebut hanya akan dibenarkan melaporkan berita-berita positif mengenai Pakatan Rakyat. Dimana perjuangan mereka untuk memberi kebebasan media? Adakah mereka betul-betul bersedia untuk dikutuk dan dikritik oleh media perdana? Adakah mereka benar-benar inginkan kebebasan media dipraktikkan jika mereka memegang tampuk kerajaan?
Kesan balkanisasi media juga turut akan menggugat maklumat dan polisi pihak
kerajaan kerana rakyat hanya memberikan perhatian kepada apa yang mereka
minati. Terdapat banyak contoh dalam artikel Dr
Rahmat yang menunjukan betapa pentingnya kawalan terhadap balkanisasi media. Insiden
seperti Al-Maunah, Memali, Hindraf, Gelombang Kuning, gejala obsesi pornografi
dan gejala sosial lain yang menjurus kepada gejala obsesi dan ketaksuban
mempunyai pertalian yang signifikan terhadap gejala balkanisasi media ini. Soal
perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi tidak relevan lagi. Yang dibimbangkan
ialah gejala anarkis, fitnah dan hasutan seperti yang kita lihat pada kes-kes
tertentu seperti ‘Muslim terrorist’ yang telah menghina penganut agama Islam.
Dr Rahmat turut menyertakan
kata-kata Hitler seperti;
“sesuatu penipuan pun boleh diyakini kebenarannya jika sering diulangi” “lebih
besar pembohongan itu, maka lebih besar pula tendensi masyarakat untuk
mempercayainya” (Mohd Hamdan Adan, 2008) kata-kata ini disertakan dalam artikel
sebagai memberi perumpamaan terhadap impak yang bakal diterima kesan daripada
balkanisasi. Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan situasi kebebasan media
cetak hari ini. Kebimbangan ini bukanlah bermaksud
bahawa kekebasan media hendaklah disekat. Apa yang disarankan ialah kebebasan
media hendaklah disertai dengan etika tanggungjawab dan profesionalisme.
0 ulasan: