Pada awalnya kertas (sheet) dicipta untuk manusia menulis
dan mencatat segala info dan pengetahuan di atas kertas tersebut. Semakin hari
dunia semakin maju dan canggih. Segala maklumat boleh didapati melalui
gajet-gajet canggih yang mampu menyimpan terus maklumat yang diperlukan tanpa
perlu dicatat di atas kertas lagi. Kempen
paperless yang diperjuangkan yang tujuan asalnya untuk menggalakan
penjimatan kertas, malangnya sedikit sebanyak telah menyebabkan kita semakin
melupakan kertas. Samada kita sedar ataupun tidak info atau maklumat di atas
kertas lebih diitiraf dan sering digunapakai.
Sebagai contoh; tugasan-tugasan
assignment, surat khabar, buku, journal malah kajian-kajian hatta perlembagaan
negara dan Al-Quran juga turut dicatatkan di atas kertas. Kertas boleh dikatakn
merupakan antara sumber ilmu seseorang. Walaupun generasi kini mempunyai
gajet-gajet canggih seperti telefon pintar, i-pad dan sebagainya tetapi
walaubagaimanapun dia mesti akan ‘mencari’ dan memerlukan kertas.
Atas sebab itu saya ingin memperjuangkan kewujudan ‘smart
sheet’ - lembaran/kertas pintar. Apa
yang saya nampak dengan kewujudan smart sheet bukan sahaja akan menggalakan
generasi kini untuk lebih menggunakan kertas malah akan mengekalkan keinginan
dan kesungguhan seseorang itu dalam mencari ilmu dan info. Seperti mana kamus
boleh di elektronikan menjadi Besta begitu juga smart sheet. Set kertas kajang
yang akan di elektronikan mampu menjadikanya sebagai medium mencari maklumat
tetapi masih mengekalkan konsep kertas tersebut. Set smart sheet ini akan
berfungsi seperti kertas biasa, boleh dicatatkan nota di atasnya, menconteng,
footnote dan sebagainya tetapi mungkin ianya hanya akan dijual dalam bentuk set,
seperti set kertas kajang, dan tidak boleh dikoyak-koyak. Mungkin kelebihan
yang ada pada smart sheet ini ialah selepas nota dicatatkan di atasnya ianya
boleh disimpan dan disusun mengikut fail-fail tersendiri.
Sepertimana kita
menyimpan kerja di dalam komputer, aplikasinya serupa cuma smart sheet
menggunakan kertas, tidak melibatkan unsur teknologi. Selepas membuat nota dan
disimpan ke dalam fail-fail, nota atau contengan yang tidak diperlukan mungkin
akan boleh dipadamkan dan kertas yang sama dapat digunakan semula. Ini sebagai
salah satu langkah bagi menggalakan masyarakat untuk berjimat dan menghargai
kertas.
Penggunaan sumber tenaga seperti batteri mungkin akan
diperlukan tetapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak kerana sumber tenaga
tersebut hanya diperlukan untuk aplikasi-aplikasi penyimpanan data sahaja. Penulisan
masih mengekalkan konsep penggunaan pen ke atas kertas. Smart sheet bukanlah
suatu transformasi yang mengubah kertas kepada gajet yang akan melibatkan skrin
sentuh dan sebagainya. Smart sheet masih mengekalkan konsep penulisan manual
cuma ianya dinaik taraf atau dielektronikan supaya ianya berupaya menyimpan
data dan maklumat yang dicatat dan dapat diaccess semula dengan mudah.
Seperti
yang telah diperkatakan, smart sheet hanya dijual dalam bentuk set dan tidak
boleh dikoyak-koyak. Selain ingin menggalakan penjimatan kertas tujuan
penjualanya hanya dalam bentuk set adalah kerana supaya smart sheet ini akan
dilihat sebagai sebuah buku. Sebuah buku dimulakan dengan sehelai kertas, jadi
set smart sheet akan menjadi sebuah buku yang dipenuhi dengan pelbagai info dan
maklumat. Belum ada lagi di dunia ini yang mencampurkan segala info di dalam
satu-satu terbitan buku. Smart sheet akan menjadi perintis dan akan menjadi
sumber maklumat yang lebih berkesan. Bukan sahaja dipenuhi pelbagai info malah
ianya boleh disusun atur ke dalam fail-fail melalui aplikasi yang ada supaya
ianya akan kelihatan kemas dan teratur, dan info tersebut akan lebih mudah
dicari semula jika kita memerlukan.
Akhir kata, selain guru buku juga antara yang menjadi saksi
dalam kita mengejar ilmu. Selain hormati guru kita juga perlu hargai buku.
Dengan adanya smart sheet diharapkan generasi kini akan lebih menghargai buku
dan kertas akan menjadi antara sesuatu yang amat bernilai kepada diri
mereka. Diharapkan juga smart sheet
sedikit sebanyak mampu memberi impak positif kepada pengguna-pengguna gajet
untuk kembali menggunakan kertas.
0 ulasan: